sekolah rendah kebangsaan atlantis (dalam pembikinan)

tujuan: membincangkan dan membimbing survival anak2 yg baru masuk alam pekerjaan.

bisnes sewa bilik  

Monday, October 20, 2014

kisah 1.
aku kenal orang ni masa kerja di jalan tunku abdul rahman. bujang lagi time tu. aku kerja technician mesin fotostat masa tu. aku menyewa bilik di jln sultan sulaiman, kg baru. jalan kaki je ketempat kerja. bilik tu sewa dari sorang mamak ni. ala2 sotong punya stok. oleh sbb dia ni stok mat lembut, aku lak tgh comel masa tu, mmg agak rapat gak la dgn aku. aku tak minat pun nak tau pasal bisnes2 ni tapi sbb nak ngendeng, mat sotong tu cerita je apa yg dia nak cerita asal ada cerita. termasukla bisnes bilik sewa dia. aku ada gepren comel masa tu(supaya korang tak anggap aku gay).

camni modus operandinya.
mat sotong ni akan sewa mana2 floor yg diiklankan utk disewa. masa tu sewa 1 floor dlm 350-450 ringgit je, bergantung pada tingkat dan kadar ketamakan tuan punya property. pastu dia pasang dinding plywood. modal adala dlm rm 500 gitu. bajet ni utk masa tu. kalau sekarang mau gak la rm 1000-1500. utk 1 floor tu dpt la dlm 4 bilik. bilik depan yg ada balkoni sewa rm 200. 3 bilik lagi rm 150 tiap2 satu. jadinya utk 1 floor tu kutipan adalah rm 650. boleh la dapat rm 200 utk satu floor. dari apa yg aku perhati, dia ada tak kurang dari 7 floor. kurang2 untung adalah rm 1400. jumlah yg dikira sebagai golongan pertengahan pada waktu tu. sotong2 pun ada isteri dan 4 anak. kerja berkeliaran disekitar kawasan sewaan.

kisah 2.
aku bertukar tempat kerja. jemu dah repair fotostat. agak terkongkong. disebabkan aku yg paling hebat, aku ditugaskan utk jadi indoor technician. tugasnya utk cover mesin2 yg gagal diuruskan oleh technician lain. kalau mesin tu besar yg tak boleh dibawa balek, baru la aku dapat keluar dari kurungan. huh.. mmg tunggu time je la aku cabut. tempat kerja baru di bangunan angkasa raya, jalan ampang. arwah dah bangunan tu. dah kena runtuh dah sekarang. dah naik bangunan lain yg lebih besar dan lebih tinggi. kerja sebagai field technician. kerja yg aku suka sbb takde bilik kurungan. kerja pun senang. tak perlu baiki apa2 cuma installation(pemasangan). kerja agak berat. sama macam despatch. bezanya despatch bawa surat, aku pula bawa mesen. berat lak tu. adehh....

gaji ada lebih sikit dari tempat lama. sbb elaun perjalanan agak tinggi. 80sen per kilometer. jumlah yg sgt tinggi utk despatch. bersamaan dgn elaun executive pada waktu tu. mmg kaya. tapi penat. oleh sbb duit pun ada lebih, mula la rasa bilik lama tu tak selesa. nak cari bilik yg ada toilet dlm bilik macam hotel. survey bilik utk sewa dari paper metro. jumpa satu iklan yg sesuai. bilik sewa di belakang balai polis sentul. call ownnernya utk jumpa. pompuan weh. jumpa dia petang tu. mamak gak, agak gempal. comel lak aku tgk. dia lak jenis murah senyum. mmg kejap je jadi mesra. dia pun cerita la. sebenarnya dia terpaksa lepaskan bilik tu. bkn bilik pun. sebenarnya floor. ada 3 bilik di floor tu. sedang disewa oleh budak2 sekolah. tah sekolah mana taktau. budak2 tu tak bayar sewa. pastu takmo keluar. pening pompuan ni. dah byk sebut pasal pompuan ni, rindu lak aku kat dia. adehh....
ok sambung. dia cuma minta deposit 3 bulan je. ganti balek deposit yg dia bayar pada tuan punya bangunan. floor tu tingkat satu. tuannya tingkat bawah. kedai todi. sewanya rm 300. budak2 tu kasi halau je. nasib baik gak tak melawan. master room yg ada toilet aku punya. yeahh... besar macam studio mmg selesa betul. dua bilik lagi sewakan kat orang. rm 150 tiap2 satu. bilik aku jadi free.. hahahaha.....

dgn dua cerita diatas, korang rancang la sendiri samaada nak dpt bilik free yg selesa atau nak untung. rumah pun boleh buat juga kalau nak.

sekian terima kasih.......

AddThis Social Bookmark Button

mat jenin tak mati jatuh pokok  

ikuti dulu kisah mat jenin. kita akan ulas kemudian.

MAT JENIN
Syahadan, maka tersebutlah kisah seorang pemuda yatim piatu yang dikenali sebagai Mat Jenin. Pemuda itu hidup sebatang kara di sebuah desa di gerubuk peninggalan ibubapanya. Gerubuk itu teramatlah daifnya dengan dindingnya yang senget dan atap rumah yang bocor apabila hujan turun dengan lebatnya. Akan tetapi semua itu tidaklah dipedulikan oleh Mat Jenin kerana dia amat malas membuat kerja. Malah untuk membaiki gerubuk pusaka itu pun tidak di pedulikannya. kerjanya pula sehari-harian hanyalah memasang angan-angan. Maka mashyurlah seluruh daerah itu tentang tabiat dan perangainya itu menjadi buah mulut orang. Akan apabila Mat Jenin berasa lapar, pergilah ia ke kedai makan dan duduk menunggu di situ kalau-kalau ada orang yang baik hati yang akan menanggung makan-minumnya. Maka kalau ada sesiapa yang ingin berseronok, segeralah dia menegur Mat Jenin bertanyakan angan-angannya yang terbaru. Mat Jenin pun bersegeralah menceritakan angan-angannya itu tanpa bertangguh lagi apatah lagi jika yang menegur itu pula menyuruh dia meminta apa-apa makanan yang diingini. Maka Mat Jenin akan bercerita sehingga sehari suntuk tidaklah dia mahu berhenti. Apabila kerbau sudahpun balik ke kandang, ayam dan itik pulang ke sarang, api menyala di dian, barulah dia balik ke gerubuk buruknya itu untuk tidur. Angin ribut yang bertiup pun tidak dibimbangnya, malah jikalau gerubuk buruknya bergegar dipukul angin, dia hanyalah menarik kain selimutnya dengan lebih rapat lagi sambil berangan-angan Katanya jikalaulah roboh gerubuk itu, tentulah jiran-jiran sekeliling akan membantu dia membina rumah baru. Jadi tidaklah lagi dia perlu bersusah-payah membaiki teratak buruk itu. Akan begitulah kerja Mat Jenin itu sehari-hariani. Jika apabila tidak ada orang yang hendak membayar makan-minumnya barulah dia mencari kerja. Tetapi kerja yang dibuatnya pula dipilih-pilih, tidaklah dia ingin membanting tulang di sawah padi kerana panas, ataupun pergi menangkap ikan kerana mabuk katanya. Oleh itu apa yang sanggup dilakukan oleh Mat Jenin hanyalah memanjat pokok kelapa, kerana menurutnya kerja itu teduh dan berangin pula. Itupun Mat Jenin hanyalah mengambil upah memanjat pokok kelapa apabila dia memerlukan duit belanja.
Tersebutlah pada suatu hari nasib Mat Jenin tidak begitu baik kerana tidak ada orang yang ingin membayar makan-minumnya. Maka terpaksalah dia mencari-cari sesiapa yang ingin mengupahnya memanjat pokok kelapa. Tetapi lebih malang lagi nasibnya itu, pada hari itu dia tidak berjumpa dengan sesiapa pun yang memerlukan kelapanya dipetik. Maka terpaksalah dia merayau-rayau sekeliling kampung dalam keadaan kelaparan. Sedang dia duduk berfikir-fikir seorang diri tentang apa yang perlu dilakukannya maka nampaklah olehnya seorang nenek tua sedang mendongak-dongak ke atas melihat-lihat buah kelapa.
"Nenek nak kelapa? Saya boleh tolong panjatkan." sapa Mat Jenin Nenek itu berpaling ke arah Mat Jenin
"Memang nenek mencari buah kelapa untuk memasak. Boleh ke cucu tolong petikkan untuk nenek?"
"Sudah tentu boleh nenek. tetapi apa yang nenek boleh berikan kepada cucu sekiranya cucu tolong petikkan buah kelapa nenek?" tanya Mat Jenin.
Jawab nenek tua itu, "Nenek tak ada banyak benda nak nenek beri. Tetapi kalau cucu sanggup petikkan buah kelapa ini untuk nenek, bolehlah cucu makan sekali dengan nenek. Lagipun nenek boleh berikan beberapa biji telur ayam untuk cucu."
"Saya nak buat apa telur ayam tu." kata Mat Jenin.
"Telur ayam ini kalau cucu eramkan, nanti akan menetas. Bolehlah cucu membela ayam,"jawab nenek itu lagi. Mat Jenin duduk berfikir sejenak di dalam hatinya, kalau telur itu menetas sudah tentu aku akan dapat membela ayam untuk aku jual.
" Baiklah nenek, sangguplah saya memanjat kelapa ini untuk nenek." Setelah berkata demikian, maka Mat Jenin pun mulalah memanjat pokok kelapa itu. Ketika mula hendak memanjat itu, dia asyik berfikir tentang kata-kata nenek itu maka hatinya bertambah girang.
"Kalau aku eramkan telur-telur itu tentulah telur-telur itu menetas. Bolehlah aku biarkan ayam-ayam itu sekeliling gerubuk aku sehingga besar. Apabila sudah besar bolehlah aku makan." Setelah berfikir demikian, dia pun berpaling kepada nenek itu dan berkata, "Kalau telur-telur itu menetas bolehlah saya makan ayamkan, nenek?" Nenek tua itu kehairanan tetapi terus sahaja menjawab "Betul cu." Sambil Mat Jenin berangan-angan, dia terus memanjat pokok kelapa itu semakin tinggi.
"Tetapi kalau aku biarkan ayam-ayam itu bertelur tentulah semakin banyak ayam-ayamaku membiak. Jadi tentunya aku akan dapat banyak daging dan telur untuk aku makan.Tetapi kalau terlalu banyak tentu susah aku menjaganya. Jadi baik aku tukarkan ayam-ayam itu dengan kambing tentu lebih beruntung. Bolehlah aku biarkan kambing-kambing itu mencari makan di keliling gerubuk aku. Tak perlu aku bersusah payah memanjat pokok kelapa lagi. Dan lagi tidak perlulah aku risau-risaukan menjaga ayam-ayam itu banyak-banyak." fikirnya lagi. Setelah berfikir demikian, dia pun berpaling kepada nenek itu dan berkata "Kalau ayam-ayam itu saya jual bolehlah saya dapatkan kambing, kan nenek?" Nenek tua itu berasa geli hati mendengarkan kata-kata Mat Jenin itu tetapi dia terus menjawab "Betul tu cu." Mat Jenin memanjat semakin tinggi, sambil itu dia berangan-angan semakin tinggi,"Kalau aku sudah banyak kambing, aku akan tukarkan dengan lembu pula. Lagipun lembu itu lebih gemuk dan banyak dagingnya. Tentu aku bertambah kaya dan dihormati orang." Sekali lagi dia menoleh ke bawah melihat nenek itu, "Kalau saya tukarkankambing itu dengan lembu tentu lagi baik, kan nenek?" dia menjerit ke bawah. Nenek itu terus menjawab "Betul tu cu.." sambil tersenyum-senyum, menampakkan gusinya yang tidak bergigi itu. Nasib baik Mat Jenin sudah jauh di atas pokok kelapa dan tidak nampak nenek itu mentertawakan dia. Mat Jenin semakin kuat berangan-angan, "Kalau aku sudah dapat membela lembu, tentu aku dapat mengupah orang untuk menjaga lembu-lembu itu sehingga beranak pinak. Jadi aku akan dapat lebih banyak lembu, aku akan jadi kaya. Tak perlulah aku susah payah berkerja lagi . Bolehlah aku membela kerbau pula nanti." Sekali lagi dia memekik ke bawah, "Nenek! kalau saya sudah banyak lembu bolehlah saya tukarkan dengan kerbau pula ye, nenek. Kayalah saya masa itu." Sekali lagi nenek itu menjawap, "Betul tu cu." "Kalau cu sudah kaya bolehlah cucu berkahwin." tambahnya lagi. Mat Jenin mengangguk-anggukkan kepalanya, "Kawin!" Dia terus memanjat semakin tinggi meninggalkan nenek itu sayup-sayup di bawah sana.
Ya!Ya! Kalau selama ini tidak ada perempuan yang ingin memandang mukanya kerana kemiskinannya, tentu akan berebut-rebutlah perempuan yang gilakannya setelah dia kaya nanti. Tetapi, masa itu dia tidak akan melayan perempuan- perempuan itu. Dia sudah pun kaya dan tentu dia dapat memilih siapa calon isterinya nanti. Ya! Ya! dia sudah tentu memilih isterinya dari perempuan-perempuan yang istimewa. Dia akan memilih puteri raja. "Nenek! Saya akan kahwin dengan puteri raja." jeritnya ke bawah. Jawapan nenek itu hanya sayup-sayup, tidak didengarinya kerana dia sudah pun tinggi di atas pokok kelapa. "Tentu aku akan mempunyai ramai anak." fikirnya lagi sambil tersenyum- senyum. "Dan mereka akan berlari-lari membuat bising. Isteri aku tentu akan mengidamkan perhiasan emas dan meminta dari aku. tetapi aku tidak akan beri. Kalau dia membuat bising, tentu aku akan tampar dia seperti ini." Serentak dengan itu Mat Jenin melepaskan pelukannya dan menampar pelepah kelapa itu sambil menengking "Jangan nak mengada mintak barang kemas dari aku.", dan ketika itu bertempiaranlah seekor tupai yang sedang menyorok di celah pelepah kelapa itu, mengejutkan Mat Jenin dari angan-angannya itu. Mat Jenin terkejut besar sehinggakan terlepaslah pegangannya dari pokok kelapa itu.Maka jatuhlah dia dari pokok kelapa itu sampai ke bawah, berdebuk seperti buah kelapa tua yang luruh bunyinya. Terkejutlah nenek tua itu melihatkan Mat Jenin terjatuh dan bersegeralah dia meluru untuk memberikan pertolongan Malangnya MatJenin telah mati di situ juga. Maka dengan itu tamatlah riwayat Mat Jenin yang terlampau suka berangan-angan sehinggakan menjadi mangsa angan-angannya itu sendiri. Demikianlah diceritakan orang kisah Mat Jenin yang malang.
sumber cerita dari: http://ceritarakyatmalaysia.blogspot.com/

ulasan.

angan-angan
kita semua tau kisah mat jenin. terbit dari zaman sebelum merdeka. intro awalnya dikarang sedemikian rupa dan hina agar jgn sampai ada yg mencontohi. kenapa?.
ni nak kasi tau. berangan atau berangan2 adalah cara berfikir yg terbaik kerana semua faktor risk dan reward diambil kira. bila kita membaca kemudian membayangkan apa yg kita baca tu didalam fikiran, sebenarnya kita sdg meng'angan2kan' cerita tsb. dimana salahnya? bkn ke lebih baik?. sememangnya begitulah. tapi kenapa mat jenin tak boleh? kenapa dia hina? sbb mat jenin sgt bahaya. jika semua orang berfikir cara mat jenin, susah la nak dapat hamba dari kalangan masyarakat. oleh itu, mat jenin harus mati dlm keadaan hina supaya tidak menjadi contoh.

jom kita ubah cerita tu. kita buang bahagian2 yg cuba menghinakan mat jenin tu. mat jenin seorang yg miskin. ok fine. semua orang kaya adalah miskin awalnya. takde orang lahir kembar dgn harta. keturunan kaya adalah hasil tok neneknya yg semestinya miskin. menceritakan angan2 adalah cara berkongsi idea. kongsi idea ni kerap kita lakukan sekarang. takde hina pun. lagi byk idea, lagi suka org pada kita. org yg petah berkongsi idea adalah pintar. ini fakta. tak lojik org yg pintar jatuh pokok tinggi. dia mesti cari pokok yg rendah. paling2 terseliuh. mat jenin takkan mati jatuh pokok.

visi dan misi mat jenin
dimana salahnya memulakan usaha dgn modal kecil? mmg cara yg betul la mula usaha dari kecil. meminjam atau berhutang utk memulakan usaha adalah salah. berapa ramai yg berjaya setelah bermula dari kecil. dan berapa ramai yg lingkup cuba mula berniaga dgn duit pencen atau loan bank? tanyalah peniaga2 yg dah lama berniaga. tanya bagaimana mereka mula berniaga. ada yg jalan kaki, ada yg berbasikal, ada yg merantau jadi kuli. tiada dari mereka bermula dgn hutang. semuanya hasil biakkan dari telur ayam mat jenin.

perancangan(bussiness plan)
sentiasalah bermula dari modal kecil. sekiranya gagal, tiada mudarat. boleh ulang semula. kalau start dgn duit pinjam, kalau gagal, jatuh moral/semangat. hutang terpaksa bayar utk benda yg dah takde. selagi hutang belum langsai, sgt susah nak bangkit semula. contohi mat jenin. kalau telur ayam tak menetas, atau ayam mati, bila2 boleh cari telur lagi sambil belajar kenapa ayamya mati.

membiakkan usaha/perniagaan.
langkah pertama.. mat jenin biakkan ayam dan tukar ke kambing. idea yg hebat. ada terlintas tak ke kita utk ikut idea dia? takde kan? sbb awalan cerita dah beri amaran yg kita akan hina dan mati dlm kehinaan kalau ikut dia. langkah kedua.. biakkan kambing. bermulalah kerjaya seorang usahawan. dah boleh mula ambil pekerja utk jaga dan beri makan/rawat kambing. jual sebahagian kambing utk lembu dan kerbau. tambah pekerja. akhirya mat jenin berjaya dan berkahwin dgn wanita yg dicintainya.....

simple step dari mat jenin. from zero to hero. setiap hari sediakan masa utk angan2 adan tiba masanya kita akan terdetik utk buat apa yg kita angan2kan. kalau tak reti berangan, folo je angan2 mat jenin ni. fikirkan dlm angan2 tu masalah2 yg bakal dihadapi seorang penternak ayam. masalah kambing, lembu dan seterusnya. kerap kita tgk penternak ayam kekal sebagai penternah ayam sampai bila2. kenapa? dari reban kecil, jadi reban besar, dan statik disitu. semangat mat jenin tiada padanya.

kena bezakan angan2 dan fantasi. berfantasi lah yg sebenarnya takde faedah. meh cerita sikit pasal fantasi ni kalau ada yg tak faham. kita petik la nama dia sebagai mat jenun. mat jenun berfantasi yg telur ayam di diperolehi akan menetas banyak dari sebiji telur. ada ayam dan ada itik. ayam terus biak dan itik pula bertelur emas.... dah la tu. nampak tak bezanya mat jenin dan mat jenun? tak pelik ke kita bila perancangan yg begitu cantik dari mat jenin dianggap salah dah mesti dijauhi? agenda apakah dibelakangnya? masing2 fikir sendiri..

memulakan usaha dgn modal kecil boleh diikut oleh semua orang. tak perlu meminjam/hutang. tak perlu perjudikan duit simpanan. yg mulakan usaha dgn meminjam dan duit simpanan tu la sebenarnya berfantasi yg bakal kecundang. yg sepatutnya mati jatuh pokok. bunuh diri dek kerana hutang keliling pinggang dan kecewa. mati hina.

sekian terimakasih.....................

AddThis Social Bookmark Button

primary dan secondary income  

Sunday, October 5, 2014

kita dah tau yg kita telah gadaikan hayat/umur kita utk gaji. berbekalkan sijil/diploma/ijazah dah segala yg kita dapat setelah mengorbankan 1/4 dari hayat/umur kita. umur yg tergadai tu takkan dapat balek. masa akan terus berjalan menghabiskan baki 3/4 yg masih tersisa. adalah tidak wajar(sesat) utk kita gunakan wang hasil hayat kita hingga umur kita terus berjalan tanpa ada penambahan hasil. gaji bukan titik peluh tapi nyawa, darah dan daging sbb umur yg kita gunakan utk dapatkan gaji tu takkan datang balek. sengaja saya ulang2kan gaji vs umur ni supaya terpahat difikiran. ambil contoh ni pula. kata la kita buat kerja amal. free je. takde gaji. setahun wat kerja amal tu. bila selesai, kita diberi cenderahati. cenderahati tu la tanda/usaha/hasil/kenangan/umur yg telah digunakan. mau ke kita jual cenderahati tu utk duit. pastu duit tu lak guna buat bayar installment kereta? kalau mau pun atas alasan terdesak/tersepit. tapi bila dibayar dgn duit, selamba kita gunakan sampai tak berbaki.
dah panjang dah rasanya menerangkan pasal primary income ni dan betapa pentingnya ia dipertahankan. kita terus pula dgn secondary income.

secondary income
secondary yg dimaksudkan bkn income kedua. tapi income yg terhasil dari income pertama. hasil dari gaji kerja tambahan(part time)masih dikira sebagai primary income. contoh paling mudah adalah pelaburan asb. dividen dan bonus dari pelaburan asb tu adalah secondary income sbb dia terhasil dari primary income dan kita tak perlu bekerja untuknya. masalah yg biasa dihadapi(atau alasan)ialah macam mana nak ada duit bila habis bulan, duit habis. anggapkan kita baru mula bekerja. gaji mula dgn rm 900. kalau tempat kerja dekat dgn rumah, tetaplah tinggal dirumah. jika jauh, cari bilik yg paling dekat dgn tempat kerja. kita dah jimat duit pengangkutan. pastikan perbelanjaan maksima cuma separuh dari gaji(termasuk hulur kat mak). kalau lebih, cari tempat lain atau kerja lain. jgn terlalu beralasan hidup masih panjang dan sinar belum muncul. kata la kerja bagus. selesa berhawa dingin tapi belanja makan agak tinggi ditempat tu. jgn fikir susah2. kalau tak boleh kurangkan kos makan dgn memasak, tukar kerja yg sediakan makan atau ada kedai makanan yg murah berhampiran.

perancangan/planning.
katakan la kita dah berjaya dpt tempat kerja yg sesuai. yg boleh dibajet penggunaan vs gaji hanya separuh dan lebihannya dimasukkan ke asb. kita ambil rm 900 sebagai gaji minima dan jumlah yg boleh diasingkan ke asb adalah rm 450. anggapkan kita kerja selama 3 tahun di situ. kita akan ada simpanan rm 16200. hasil yg yg akan kita dpt darinya adalah lebih kurang rm 1000. rm seribu ni kita akan dapat setiap tahun sebagai income kedua tanpa bekerja. kita boleh bazirkan utk beli motosikal atau kereta(3tahun). senang2 boleh dpt motor/kereta tanpa bayar guna duit gaji.

perancangan lanjutan.
kita takkan kerja ditempat sama selamanya kecuali kita kerja dgn kerajaan. kita akan tukar kerja utk lompat gaji. pastikan tempat baru juga bertepatan dgn perancangan kita iaitu penggunaan vs gaji cuma separuh. ditempat baru, kita dah ada motosikal. kita bekerja utk tahun ke4. gaji dlm anggaran rm 1500. simpanan bulanan adalah separuh iaitu rm 750. simpanan selama setahun ditempat baru adalah rm 9750. selepas 3 tahun kita akan kumpul rm 29259. campur dgn simpanan dari tempat kerja lama(rm16200), kita dah ada rm rm 45459. hasil secondary income dari simpanan kita adalah lebih kurang 4000 setahun. sekiranya income secondary kita tidak kita jolikan, kita dah boleh kawen pada tahun ke6 tanpa meminjam sesiapa. gaji permulaan rm 900 adalah gaji lulusan spm. umur 17 tahun. campur 6 tahun waktu bekerja, 23 tahun. kalau kita berkahwin pada umur 25 atau 27, bakal isteri boleh cuci kaki. kita pun senang hati cuci kaki dia guna duit free. kawen pun free. biasa je org baru kawen cuma ada moto. nak beli kerata dah takde masalah. cuma tunggu cukup tahun. guna duit free utk beli kereta.

saya biarkan kamu sambung fikir perancangan selanjutnya dari sini.
sekian terima kasih.............

AddThis Social Bookmark Button

visi dan misi  

Saturday, October 4, 2014

setelah baca panjang lebar punya sembang diruang mukadimah, kita sambung diruang visi dan misi. kenapa saya buat blog ini?. negara kita berbilang kaum. kita selalu kata 'kaum yg tu' sesat ugamanya. mengikut ugama nenek moyangnya tanpa tahu pun tentang ugama lain yg mungkin benar. apa yg dia tahu, itu lah yg dipegang dan dianggap benar. tiada orang boleh mengubahnya kecuali dirinya sendiri atau hidayah darinya.

sedar ke kita yg kaum itu pun melihat kita begitu juga? kesian kaum itu(kata mereka), dari merdeka begitu2 je ekonominya. nenek moyang sebagai petani dan pekerja(makan gaji). sedikit2 berniaga dan itulah sahaja. wang pendapatan/gaji digunakan utk perbelanjaan, keperluan dan riadah. habis bulan, habis duit. ulang2 sampai pencen. bila pencen sambung guna duit pencen. kalau takde pencen, habuk takde. itulah yg kita tahu sebagai benar dari nenek moyang kita dan kita pegang hingga hari ini. ye adik2/anak2, kita dah sesat lama. 'sesat ekonomi'. ada dikalangan kaum itu cuba membantu tapi gagal seperti juga kita cuba membantu mereka dan kita juga gagal. kita tak mendengar mereka sbb kira rasa kita ni terbaik. nak berkawan rapat pun macam tak mungkin. kafir bukan boleh percaya kata kita. mereka juga gagal dgr kita kerana kita sesat ekonomi. 'wang pun tak tau bikin' lagi mau ajar kami.

apa maksud 'sesat ekonomi' tu?
dari kecil lagi kita dah diperdengarkan dgn kata2 'belajar rajin2. jadi orang pandai. dapat kerja bagus. boleh beli kereta dan rumah besar'. ada tak? ingat tak? dari zaman tadika lagi saya dah dengar ajaran sesat ni. ucapan tersebut diulang2 hingga dewasa hinggga terpahat sebagai benar.

dimana sesatnya?
kalau kita kerja makan gaji, wang gaji adalah primary income. kalau kita meniaga, untungnya adalah primary income. kalau kita kerja part time, dpt gaji, juga masih primary income. wang yg kita sukar utk dapat lebih dari yg biasa dapat. atas sbb ini byk berlaku rasuah, penyelewengan dan penipuan(dlm meniaga) semata2 utk dapatkan wang lebih. primacy income ni mesti dibaratkan seperti wang darurat. digunakan utk keperluan paling asas utk hidup. jika boleh tak digunakan langsung. kita gadaikan hayat kita yg tak berapa tahun ni utk sejumlah wang. dan wang tu tak patut dibelanja tanpa keperluan darurat

visi dan misi kita:
membantu anak2 dan adik mengurus kewangan dari awal.
keluar dari tradisi gaji utk keperluan kepada gaji utk/sebagai modal.
mengurus dan mengawal modal
membiak modal dan meningkatkan taraf hidup
pencen awal sebagai jutawan(mudah2an inshaallah)

sekian utk visi dan misi

AddThis Social Bookmark Button

mukadimah  

Friday, October 3, 2014

seperti yg kita maklum, kita belajar macam2 di sekolah. dari yg terpenting(membaca/menulis/mengira), hingga yg tertinggi. apa yg kita juga maklum, tujuannya utk menapis pelajar pintar dan kurang pintar(mengikut acuan negara). semakin tinggi pelajarannya, semakin kurang pula pelajarnya(kerana tersingkir/gagal). setuju atau tidak percaya atau tidak, ada kepincangan dlm sistem diatas. contohnya gini. bayangkan kita dlm dunia haiwan. ada macam2 haiwan. yg bijak berpolitik akan menonjol dan seterusnya memimpin haiwan secara keseluruhan. anggapkan haiwan yg pakar berpolitik itu kucing. maka kucing akan membina negara yg ngam utk kucing khasnya dan seluruh haiwan lain amnya. dlm sistem pelajaran, perkara yg sama berlaku. sukatan pelajaran akan disusun sesuai utk kucing dan haiwan2 lain. senang cakap, semua haiwan belajar ilmu kucing. kan dah nampak tu sikit2.

so kucing takde masalah disini. kucing yg pandai akan terus naik dan kucing yg kurang pandai akan tersingkir secara adil. haiwan2 yg seakan2 kucing seperti musang, harimau, anjing, monyet juga tiada masalah disini. masalah teruk akan kena pada haiwan yg langsung takde persamaan dgn kucing spt kura2, siput, ular, buaya. bayangkan di sekolah rendah, pelajaran bab berjalan. semua binatang cerdas otaknya boleh score tanpa mengira jenis. mmg susah nak bezakan jika di alam manusia. masuk sekolah menengah, pelajaran bab berlari dan bersembunyi. majoriti haiwan yg cerdik boleh buat juga tapi dah mula nampak haiwan2 yg dulunya pandai dah mula keciriran. boleh score bab bersembunyi tapi gagal teruk bab berlari. manakan mungkin kura2 berlari. nampak dah yg kecerdasan fikiran tak bermakna disini disebabkan gelanggang yg salah. masuk ke sekolah menengah atas lebih parah. pelajaran bab memanjat dan turun dgn selamat. habis la semua haiwan yg mmg fizikalnya tak boleh memanjat. cerdik, cerdas tapi kantoi waktu pepereksaan.

apa kaitannya dgn sekolah kita sekarang?
rambut sama hitam, hati lain2, kata org tua2. fizikal sama, dua tangan, dua kaki, otak pun sama bentuk tapi berlainan upaya. ada orang yg handal menghafal/mengingat hingga di beri gelaran photographic memory. apa yg dipandang, dibaca dan didengar boleh dizahirkan semula tanpa susah payah. tapi bila disuruh mengira, tudia punya sengal...

ada pula yg hebat sungguh mengira. sampai tulisan, papan tanda, tiang lampu pun dikiranya. handal juga menghafal dan mengingat tapi bila disuruh menyelesai masalah, hancur semua.

yg bestnya ada juga segelintir yg takleh baca pun. merangkak2 ngeja. jenuh la kena sebat. tapi bila melukis, tudia habis kiok bagai tak guna semua pelajar2 cemerlang sekelian.

so ok la. en. atlantis dah cerita panjang2 tu, en. atlantis ni nak cerita apa ni sebenarnya?
camni. tuhan tu adil. dunia ni dibuat kerana kasih sayangnya pada manusia. dunia ni bukan tempat seksaan utk segolongan dah kemewahan utk golongan yg lain. bagi murid2 tu, waktu sekolah tu pergi la sekolah la. buat la yg terbaik. andai berjaya alhamdulillah. kalau gagal takyah nangis2. takyah la cakap tuhan tak adil segala macam. sentiasa akan ada peranan kita dlm dunia yg sekejap ni. kan kan kan... dah ilek2 jgn nangis.

apa yg patut diajar disekolah tapi tiada?
ni dia nak start dah ni. siap sedia utk sakit hati. mungkin ada yg tak setuju tapi biasala. kalau ada pandangan lain, buka blog sendiri, nyatakan pandangan anda. ingat, kura2 takkan pernah setuju dgn kucing utk tidak mandi.

kita belajar macam2 disekolah. ilmu yg kita dapat tu kononya utk persediaan mengharungi kehidupan mendatang. menghabiskan tempoh hayat sebelum dipanggil pulang. selepas habis belajar, kita bekerja. bekerja utk dptkan wang utk keperluan. makk aii. jauh tu perjalanan nak dapatkan duit. sepanjang persekolahan yg panjang yg hampir memakan 1/4 dari hayat manusia takde pula diajar ilmu cari duit. tak cukup dgn waktu belajar, tambah lagi koku waktu petang, pun takde juga belajar ilmu cari duit.

kenapa begini? siapa yg bersalah?
sedar atau tidak. tahu atau tidak, percaya atau tak, dunia masa kini diacu dan dipacu oleh kapitalis. kita mmg diacu dari kecil utk bekerja dan mendapat gaji dari kerja itu. acuan disekolah adalah acuan sebagai pekerja. tidak lebih dari itu. sbb itu takde satu ayat pun dlm mana2 buku teks menyebut cari duit. sains pertanian telah ditiadakan kerana pelajar2nya mudah lari dari sistem kapitalis. kita diagih2kan dgn sistem peperiksaan sesuai dgn keperluan meraka dan kemudian bekerja utk mereka

sekian utk mukadimah.
kita sambung di visi dan misi

AddThis Social Bookmark Button

Design by Amanda @ Blogger Buster